Baitulmuqaddis Timur
Baitulmuqaddis Timur

Baitulmuqaddis Timur

Baitulmuqaddis Timur merujuk kepada bahagian-bahagian Baitulmuqaddis yang direbut Jordan dalam Perang Arab-Israel 1948 dan kemudian oleh Israel dalam Perang Enam Hari 1967. Wilayah ini mencakupi Kota Lama Baitulmuqaddis dan sebahagian tempat-tempat suci agama Yahudi, Kristian, dan Islam, seperti Al Haram Al Sharif, Tembok Barat, Masjid Al-Aqsa, dan Gereja Makam Suci. Istilah "Baitulmuqaddis Timur" dapat mengacu pada kawasan yang dikuasai Jordan antara tahun 1949 dan 1967 yang dimasukkan dalam perbandaran Baitulmuqaddis setelah tahun 1967, yang seluas sekitar 70 km2 (27 bt2) atau kawasan perbandaran Baitulmuqaddis pra-1967 yang seluas 6.4 km2 (2 bt2).Setelah Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis dibahagi kepada dua bahagian – wilayah barat, ramai dihuni oleh orang Yahudi dan berada di bawah kekuasaan Israel, sementara wilayah timur, dihuni terutama oleh orang Arab dan berada di bawah kekuasaan Jordan. Pemukiman Arab di Baitulmuqaddis barat seperti Katamon atau Malha dipaksa dikosongkan oleh para penduduknya di wilayah itu; hal yang sama juga menimpa orang Yahudi di wilayah timur termasuk Kota Lama dan Silwan. Satu-satunya wilayah timur yang masih dikuasai Israel di sepanjang 19 tahun kekuasaan Jordan adalah Gunung Scopus, di mana terletak Universiti Ibrani, yang membentuk enklaf selama tempoh itu dan kerananya tidak dianggap sebahagian Baitulmuqaddis Timur. Setelah Perang Enam Hari 1967, bahagian timur Baitulmuqaddis berada di bawah kekuasaan Israel dan digabungkan dengan pemukiman barat bersamaan dengan beberapa desa-desa tetangga di Tebing Barat. Pada bulan November 1967 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 diluluskan, menyeru Israel untuk menarik diri "dari wilayah yang diduduki dalam konflik baru-baru ini". Pada tahun 1980, Knesset meluluskan Undang-Undang Baitulmuqaddis yang menyatakan "Baitulmuqaddis, lengkap dan bersatu, ialah ibu negara Israel",[1] namun tanpa menetapkan sebarang batas. Pengisytiharan ini dinyatakan "batal dan tidak sah" oleh Resolusi Majlis Keselamatan PBB 478.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Baitulmuqaddis Timur http://www.globalpolitician.com/24388-israel-jerus... http://books.google.com/books?id=1L49R1xKA6QC&dq=%... http://www.mfa.gov.il/MFA/MFAArchive/1980_1989/Bas... http://www.ir-amim.org.il/eng/ http://web.archive.org/web/20060705150058/http://w... http://www.btselem.org/English/Jerusalem/Legal_Sta... http://www.jerusalemsolution.org http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/vie/Je... http://www.jordanembassyus.org/08012000001.htm http://www.meforum.org/article/702